Komponen sitoplasma Sitoplasma

Sitoplasma terdiri daripada ion-ion dan makromolekul-makromolekul boleh larut seperti enzim, karbohidrat, garam dan protein, serta sebahagian besar RNA. Komponen berair sitoplasma juga dikenali sebagai hialoplasma. Ia lebih kurang bak gel atau cecair, bergantung kepada keadaan-keadaan persekitaran dan fasa-fasa aktiviti sel. Dalam kes pertama, komponen berair ini dinamakan sitogel dan merupakan jisim pejal likat. Dalam kes kedua yang dinamakan sitosol, komponen berair ini bertindak sebagai cecair. Secara umumnya, kawasan-kawasan pinggir di dalam sel adalah bak gel dan kawasan-kawasan dalamannya adalah cecair.

Organel-organel (seperti mitokondrium, kloroplas, lisosom, peroksisom, ribosom, vakuol, sitorangka, dan struktur-struktur membran sel yang rumit seperti retikulum endoplasma) di dalam sitoplasma tidak boleh larut.